Sunday, June 21, 2009

Senggugut


InsyaAllah post kali ini saya akan berkongsikan sedikit info mengenai masalah yang selalu dihadapi kaum wanita. Post kali ini sebenarnya atas permintaan ibu saya, Dr. Julidar Alias, kerana masih ramai wanita yang mengambil mudah dengan masalah ini, dan tidak tahu kesan buruk disebaliknya.

Ramai wanita mengalamai masalah gangguan haid. Ada yang mengalami haid terlalu banyak (menorrhagia) dan ada juga yang mengalami haid terlalu sedikit (oligomenorrhea/amenorrhea). Haid yang normal kepada kebanyakan wanita tidak mendatangkan kesakitan, tetapi apabila ada gangguan, kedatangan haid menjadi penyakit, kerana menyebabkan orang itu tidak selesa dan sukar melakukan aktiviti harian.

Senggugut (dysmenorrhea) adalah kesakitan yang dialami ketika datang haid. Senggugut sering dialami oleh kebanyakan wanita iaitu sebanyak 15.8- 89.5% (antarabangsa), kebanyakannya pada remaja. Senggugut terbahagi kepada dua peringkat atau jenis, primary dan secondary dysmenorrhea.
Dysmenorrhea (eMedicine)

Primary dysmenorrhea biasanya datang dalam masa setahun selepas haid pertama (baligh). Senggugut ini dirasai sebelum dan 1,2 hari ketika datang haid. Sengugut jenis ini dikaitkan dengan peningkatan prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim dan leukotriene yang merangsang saraf sakit, menyebabkan wanita tersebut merasa pedih dan sakit.

Secondary dysmenorrhea pula lebih teruk daripada keadaan di atas. Senggugut dialami dalam masa yang lebih panjang, rasa seperti berangin, terlalu sakit dan sering dikaitkan dengan sakit belakang (backpain). Peringkat kedua ini sering berlaku pada wanita yang datang senggugut pada umur 20 keatas, dan kesakitannya tidak dapat dikurangkan dengan ubat tahan sakit (painkiller).

Secondary dysmenorrhea ini sudah pasti tidak normal lagi, dan ianya sering berlaku disebabkan penyakit. Antara penyebabnya ialah endometriosis, fibroids (uterine leiomyoma), ovarian cysts dan tumor. Ada banyak lagi penyebab jika anda membuka link dari eMedicine diatas. Penyakit-penyakit tersebut kebanyakannya adalah ketumbuhan, iaitu pembahagian sel-sel yang tidak normal.
Endometriosis
Fibroids on fertility
Ovarian cysts

Seperti yang diceritakan oleh ibu saya, ramai wanita yang tidak sensitif dengan senggugut yang dialami, dan menyangka ianya normal. Ramai pesakit-pesakit yang datang mengadukan tidak boleh beranak, haid tidak teratur dan sebagainya. Jika mengikut prosedur dihospital, ketumbuhan biasanya dirawat melalui 2 cara, pembedahan untuk membuangnya, atau pun chemotherapy untuk membunuh sel tidak normal itu.

Chemotherapy sudah diketahui ramai tentang kesan sampingannya yang merbahaya, kerana ianya turut membunuh sel-sel yang normal. Jika pembedahan pula, selalunya rahim atau ovari yang berkaitan dengan ketumbuhan itu akan dibuang. Bagi mereka yang masih muda, masih menginginkan anak, sanggupkah anda?

Ada alternatif lain sebenarnya, iaitu dengan mencegah dan memperbetulkan sel-sel yang tidak normal itu. Dr Bruce Miller, DDS dan Certified Nutrition Specialist (CNS) dalam bukunya Cancer: Nutrition Answers menerangkan, proses ini boleh dilakukan dengan pemakanan kita sendiri. Kanser boleh dicegah dengan mengurangkan makanan berlemak dan berprotein tinggi (daging merah, organ dalaman dan makanan laut). Anda perlukan anti-oxidant, dan makanan tambahan yang mampu meningkatkan sistem immun.
Bagi wanita, Dr Julidar, iaitu ibu saya mencadangkan mereka mengambil Lingzhi bersama FemCare. Lingzhi seperti yang saya ceritakan sebelum ini, mengandungi 4 bahan aktif, polysaccharide yang mampu meningkatkan sistem immun, antioxidant (superoxide dismutase) yang tinggi, germanium yang meningkatkan kadar oksigen dalam darah, dan triterpenes yang berfungsi sebagai agen anti-kanser. Pengambilan Lingzhi secara berterusan akan memulihkan sel-sel yang rosak itu, dan kesannya sudah terbukti secara klinikal mahupun dimakmal. Pada post seterusnya saya akan terangkan pula kandungan Femcare, insyaAllah.
Immuno-modulating and anti-tumor activities of Lingzhi
Anti-tumor effect mediated by cytokine

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan sedikit info kepada pembaca, terutama kaum wanita. Tanpa ilmu, kita sukar untuk meneruskan hidup. Jadi sama-samalah kita berhati-hati, dan mengambil berat tentang kesihatan, dan iman kita. =)

No comments:

Post a Comment