Friday, June 19, 2009
Madu lebah
"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, 'Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan, lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan." Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir"
-surah An-Nahl, 16: 68-69-
Kali ini saya ingin kongsikan khasiat madu lebah yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai ubat yang menyembuhkan. InsyaAllah saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang tidak seberapa ini, moga dapat ditambah oleh pembaca pada ruangan komen di bawah.
Madu telah digunakan sejak dulu lagi, dan mempunyai warna yang berbeza-beza seperti yang diceritakan pada ayat di atas. Proses bagaimana lebah menghasilkan sarangnya, madunya, begitu unik sekali jika kita mengkajinya, menunjukkan betapa besarnya ciptaan Tuhan. Harun Yahya dalam bukunya The Miracles of Honeybee menceritakan keajaiban ini, kawan-kawan boleh download dan membacanya.
Madu cukup dikenali sebagai bahan pemanis yang semulajadi, malah kajian mendapati, madu juga berfungsi sebagai bahan antimicrob dan antioxidant. InsyaAllah saya akan kupaskan sedikit sebanyak khasiatnya.
Madu terdiri dari 3 jenis gula, dextrose (34%), sucrose (2%) dan levulos/fructose (40%). 17% daripada madu adalah air, 7 peratus lagi terdiri daripada iron, sodium, sulphur, magnesium, phosphorus, pollen, manganese, calcium, gluconic acid dan pelbagai lagi. 7 peratus inilah yang membezakan kualiti dan warna sesuatu madu. Komposisi penuhnya boleh dilihat di laman web ini, http://www.honey-well.com/composit.html
Satu simposium antarabangsa membincangkan khasiat madu telah diadakan pada 8 Januari 2008 di Sacramento, CA. Salah satunya kelebihan komposisi 1:1 fructose dan glucose dalam madu menunjukkan kesan yang baik terhadap pesakit kencing manis. Dr Baer mengatakan bahawa madu menunjukkan peningkatan dalam glucoregulatory control berbanding sumber karbohidrat lain. Antioxidant didalamnya juga berfungsi mengurangkan oxidative stress yang menyebabkan kencing manis.
Symposium Report
World's Heathiest Food
Mike McInner pada simposium itu juga membentangkan hasil kajiannya, bahawa nisbah fructose dan glucose itu juga merangsang enzim untuk menukarkan glucose kepada glycogen. Glycogen yang cukup dapat membuatkan otak dalam keadaan rehat ketika tidur malam dan tidak mengeluarkan hormon stress seperti cortisol. Cortisol yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit kardiovascular dan kanser.
Jessica Beiler dari bahagian Pediatric, Pennsylvania State College of Medicine turut membentangkan kajiannya iaitu penggunaan madu dalam mengatasi batuk pada kanak-kanak yang menghidap upper respiratory infection. 3 kumpulan, pertama diberi madu, kedua diberi dextromethorphan (DM) dan ketiga tidak diberi sebarang ubat, menunjukkan kesan yang sangat baik pada kumpulan yang diberi madu berbanding DM. Malah, kesan madu tersebut juga menunjukkan kanak-kanak tersebut lebih mudah untuk tidur selepas diberi madu.
http://www.medscape.com/viewarticle/572748
Universiti Waikato, New Zealand sebelum ini telah mengkaji kesan madu sebagai agen antimicrob. Salah satu ciri pada madu sebagai agen antimicrob yang baik ialah kesan osmotiknya, dengan kandungan gula yang tinggi dan kandungan air yang rendah menyukarkan microorganisme untuk hidup. Sifat keasidan madu yang terdiri dari glucoronic acid juga membantutkan pertumbuhan sesetengah pathogen. Kesan antibacterial didapati majoritinya disebabkan kandungan hidrogen peroxide didalam madu. Ketiga-tiga sifat ini menyebabkan madu sangat sesuai disapukan pada bahagian luka atau jahitan, mengubati gastric ulcer dan kesannya mempercepatkan penyembuhan tersebut sangat menakjubkan para pengkaji.
Honey as Antimicrobial Agent
Jika dilihat pada laporan simposium, wakil Universiti Waikato, Dr Nikola Starkey turut membentangkan kesan madu pada peningkatan berat, memori dan kelakuan tikus. Hasilnya mendapati madu mengurangkan peningkatan berat dan lemak, mengurangkan anxiety, kesan memori yang baik, peningkatan kolesterol HDL, kandungan gula (HA1c) yang baik dan mengurangkan kerosakan oxidatif. Kesan-kesan tersebut disebabkan madu mempunyai glycemic index (GI) yang rendah, antioxida, dan insulin mimetic effect oleh hidrogen peroxide di dalamnya. Kesimpulannya madu adalah pengganti terbaik kepada sucrose untuk mereka yang tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan pesakit kardiovascular.
Dr Jamal Zidon dari Israel membentangkan hasil kajiannya yang mendapati madu dapat mengurangkan insiden acute febrile neutropenia (AFN) dalam 64% pesakinya. Madu juga mengurangkan keperluan Colony Stimulating Factor (CSF) dalam 60% pesakitnya. Madu lebah memainkan peranan dalam meningkatkan neutrophil dan mengurangkan thrombocytopenia, memastikan kandungan hemoglobin lebih dari 11gm/dl.
Daripada simposium tersebut, Dr Fessenden membuat kesimpulan bahawa madu mampu mengurangkan kandungan glucose, gula HA1c dan triglyceride(lemak) dalam darah, meningkatkan kolesterol HDL, merangsang sistem immun, dan mengurangkan batuk dalam pesakit upper respiratory infection. Kesan antimicrobnya sangat bagus dan kosnya yang rendah. Antioxidan, mineral dan kesan bio-aktifnya yang mampu mengurangkan oxidative stress pada manusia.
Seperti yang Allah telah sebutkan dalam Al-Quran, maka benarlah madu itu berfaedah sebagai ubat kepada manusia. Dalam hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubat yang juga diturunkanNya."
Masih banyak lagi rahsia-rahsia alam yang belum diterokai, diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Agung. Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia, setiapnya ada rahsia tersendiri. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat bermanfaat kepada para pembaca, insyaAllah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment