Kelapa merupakan satu buah yang cukup terkenal sekali, bahkan hampir satu dunia mengetahuinya. Jika dilihat di negara kita sendiri, penggunaannya cukup meluas, airnya sebagai penyejuk badan, santannya digunakan dalam masakan dan pelbagai lagi. Tetapi ramai di antara kita masih belum tahu lagi keajaiban yang terkandung di dalamnya.
Bebaru ini, mungkin sudah beberapa tahun, orang semakin mengenali Minyak Kelapa Dara ataupun dalam Inggerisnya, Virgin Coconut Oil (VCO). Dr. Bruce Fife, pakar pemakanan dan kesihatan yang mengkaji mengenai minyak ini telah memperkenalkan dan menyedarkan ramai orang mengenai khasiat dan keajaiban minyak kelapa ini.
http://www.coconutresearchcenter.org/savethechildren.htm
Sesetengah orang menganggap bahawa santan dan minyak kelapa ini antara penyebab penyakit jantung, kegemukan. Kajian mendapati bahawa minyak kelapa terdiri daripada asid lemak rantai sederhana, Medium Chain Fatty Acid (MCFA) yang sebenarnya tidak merbahaya. Kebanyakan minyak sayuran seperti minyak jagung, kacang soya, sebenarnya lebih merbahaya kerana ianya terdiri dari LCT (Long Chain Triglyceride).
Medium Chain Triglyceride yang terdiri daripada MCFA mempunyai saiz molekul yang lebih kecil berbanding LCT. Kadar metabolism berbeza bergantung pada kepanjangan rantai lemak tersebut. Kadar kalori MCT lebih rendah berbanding LCT, malah ianya mudah ditukarkan kepada tenaga untuk sel-sel badan. Ianya juga tidak bebas dalam darah seperti lemak, juga boleh merentasi membran sel tanpa menggunakan 'carnithine trasferase', membuatkan minyak kelapa ini sesuai untuk mengubati pesakit diabetes.
Dr. Bruce menerangkan bahawa apabila dunia sedang menjauhi lemak (low-fat/ free-fat), kadar obesiti dan pesakit yang menghidap sakit jantung sebenarnya semakin meningkat. Sebahagiannya telah saya tulis diatas, tetapi untuk pemahaman lebih lanjut, layari
http://www.coconutresearchcenter.org/article10065.htm
Minyak kelapa dara bukan sahaja membekalkan tenaga kepada badan, tetapi ianya juga mempunyai sifat anti-bakteria, anti-fungi malahan sebagai anti-virus. Kajian mendapati ianya mengandungi asid lemak dipanggil lauric acid ataupun "monolaurin". Di sini saya sertakan link yang menunjukkan beberapa kajian mengenai kesan anti-microb oleh minyak kelapa.
http://www.coconutresearchcenter.org/coconut-research.htm
Dr. Mary Enig juga menerangkan mengenai kesan monolaurin yang didapati dapat mengubati AIDS. Ianya dapat menyahaktifkan virus seperti measles, herpes, vesicular stomatitis dan cytomegalovirus. Monolaurin mengganggu dan merosakkan membran lipid pada enveloped virus, malah kesan antiviralnya lebih baik dari caprylic acid (C-10) dan myristic acid (C-14).
http://www.aspartame.ca/page_oho2b.htm
Selain itu, minyak kelapa juga menghalang pembentukan "free-radical" dan mencegah kanser. Ini kerana sesetengah kanser adalah disebabkan oleh virus yang menyerang sel-sel badan dan mengganggu DNA sel tersebut.
Jika kita lihat balik, sebenarnya didalam susu ibu juga mengandungi MCT yang membantu memberikan daya tahan badan kepada bayi. Secara tidak sedar, bahan semulajadi seperti kelapa ini sudah cukup menjadi "antibiotik" bagi kita. Semoga dengan penjelasan yang serba ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita, insyaAllah.
Buku mengenai kelebihan dan manfaat VCO
No comments:
Post a Comment