Sunday, June 21, 2009

Senggugut


InsyaAllah post kali ini saya akan berkongsikan sedikit info mengenai masalah yang selalu dihadapi kaum wanita. Post kali ini sebenarnya atas permintaan ibu saya, Dr. Julidar Alias, kerana masih ramai wanita yang mengambil mudah dengan masalah ini, dan tidak tahu kesan buruk disebaliknya.

Ramai wanita mengalamai masalah gangguan haid. Ada yang mengalami haid terlalu banyak (menorrhagia) dan ada juga yang mengalami haid terlalu sedikit (oligomenorrhea/amenorrhea). Haid yang normal kepada kebanyakan wanita tidak mendatangkan kesakitan, tetapi apabila ada gangguan, kedatangan haid menjadi penyakit, kerana menyebabkan orang itu tidak selesa dan sukar melakukan aktiviti harian.

Senggugut (dysmenorrhea) adalah kesakitan yang dialami ketika datang haid. Senggugut sering dialami oleh kebanyakan wanita iaitu sebanyak 15.8- 89.5% (antarabangsa), kebanyakannya pada remaja. Senggugut terbahagi kepada dua peringkat atau jenis, primary dan secondary dysmenorrhea.
Dysmenorrhea (eMedicine)

Primary dysmenorrhea biasanya datang dalam masa setahun selepas haid pertama (baligh). Senggugut ini dirasai sebelum dan 1,2 hari ketika datang haid. Sengugut jenis ini dikaitkan dengan peningkatan prostaglandin yang merangsang pengecutan rahim dan leukotriene yang merangsang saraf sakit, menyebabkan wanita tersebut merasa pedih dan sakit.

Secondary dysmenorrhea pula lebih teruk daripada keadaan di atas. Senggugut dialami dalam masa yang lebih panjang, rasa seperti berangin, terlalu sakit dan sering dikaitkan dengan sakit belakang (backpain). Peringkat kedua ini sering berlaku pada wanita yang datang senggugut pada umur 20 keatas, dan kesakitannya tidak dapat dikurangkan dengan ubat tahan sakit (painkiller).

Secondary dysmenorrhea ini sudah pasti tidak normal lagi, dan ianya sering berlaku disebabkan penyakit. Antara penyebabnya ialah endometriosis, fibroids (uterine leiomyoma), ovarian cysts dan tumor. Ada banyak lagi penyebab jika anda membuka link dari eMedicine diatas. Penyakit-penyakit tersebut kebanyakannya adalah ketumbuhan, iaitu pembahagian sel-sel yang tidak normal.
Endometriosis
Fibroids on fertility
Ovarian cysts

Seperti yang diceritakan oleh ibu saya, ramai wanita yang tidak sensitif dengan senggugut yang dialami, dan menyangka ianya normal. Ramai pesakit-pesakit yang datang mengadukan tidak boleh beranak, haid tidak teratur dan sebagainya. Jika mengikut prosedur dihospital, ketumbuhan biasanya dirawat melalui 2 cara, pembedahan untuk membuangnya, atau pun chemotherapy untuk membunuh sel tidak normal itu.

Chemotherapy sudah diketahui ramai tentang kesan sampingannya yang merbahaya, kerana ianya turut membunuh sel-sel yang normal. Jika pembedahan pula, selalunya rahim atau ovari yang berkaitan dengan ketumbuhan itu akan dibuang. Bagi mereka yang masih muda, masih menginginkan anak, sanggupkah anda?

Ada alternatif lain sebenarnya, iaitu dengan mencegah dan memperbetulkan sel-sel yang tidak normal itu. Dr Bruce Miller, DDS dan Certified Nutrition Specialist (CNS) dalam bukunya Cancer: Nutrition Answers menerangkan, proses ini boleh dilakukan dengan pemakanan kita sendiri. Kanser boleh dicegah dengan mengurangkan makanan berlemak dan berprotein tinggi (daging merah, organ dalaman dan makanan laut). Anda perlukan anti-oxidant, dan makanan tambahan yang mampu meningkatkan sistem immun.
Bagi wanita, Dr Julidar, iaitu ibu saya mencadangkan mereka mengambil Lingzhi bersama FemCare. Lingzhi seperti yang saya ceritakan sebelum ini, mengandungi 4 bahan aktif, polysaccharide yang mampu meningkatkan sistem immun, antioxidant (superoxide dismutase) yang tinggi, germanium yang meningkatkan kadar oksigen dalam darah, dan triterpenes yang berfungsi sebagai agen anti-kanser. Pengambilan Lingzhi secara berterusan akan memulihkan sel-sel yang rosak itu, dan kesannya sudah terbukti secara klinikal mahupun dimakmal. Pada post seterusnya saya akan terangkan pula kandungan Femcare, insyaAllah.
Immuno-modulating and anti-tumor activities of Lingzhi
Anti-tumor effect mediated by cytokine

Semoga perkongsian ilmu ini dapat memberikan sedikit info kepada pembaca, terutama kaum wanita. Tanpa ilmu, kita sukar untuk meneruskan hidup. Jadi sama-samalah kita berhati-hati, dan mengambil berat tentang kesihatan, dan iman kita. =)

Friday, June 19, 2009

Madu lebah


"Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah, 'Buatlah sarang di gunung-gunung, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia, kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan, lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan." Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu, benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir"
-surah An-Nahl, 16: 68-69-

Kali ini saya ingin kongsikan khasiat madu lebah yang diceritakan oleh Allah di dalam Al-Quran sebagai ubat yang menyembuhkan. InsyaAllah saya kongsikan berdasarkan ilmu saya yang tidak seberapa ini, moga dapat ditambah oleh pembaca pada ruangan komen di bawah.

Madu telah digunakan sejak dulu lagi, dan mempunyai warna yang berbeza-beza seperti yang diceritakan pada ayat di atas. Proses bagaimana lebah menghasilkan sarangnya, madunya, begitu unik sekali jika kita mengkajinya, menunjukkan betapa besarnya ciptaan Tuhan. Harun Yahya dalam bukunya The Miracles of Honeybee menceritakan keajaiban ini, kawan-kawan boleh download dan membacanya.

Madu cukup dikenali sebagai bahan pemanis yang semulajadi, malah kajian mendapati, madu juga berfungsi sebagai bahan antimicrob dan antioxidant. InsyaAllah saya akan kupaskan sedikit sebanyak khasiatnya.

Madu terdiri dari 3 jenis gula, dextrose (34%), sucrose (2%) dan levulos/fructose (40%). 17% daripada madu adalah air, 7 peratus lagi terdiri daripada iron, sodium, sulphur, magnesium, phosphorus, pollen, manganese, calcium, gluconic acid dan pelbagai lagi. 7 peratus inilah yang membezakan kualiti dan warna sesuatu madu. Komposisi penuhnya boleh dilihat di laman web ini, http://www.honey-well.com/composit.html

Satu simposium antarabangsa membincangkan khasiat madu telah diadakan pada 8 Januari 2008 di Sacramento, CA. Salah satunya kelebihan komposisi 1:1 fructose dan glucose dalam madu menunjukkan kesan yang baik terhadap pesakit kencing manis. Dr Baer mengatakan bahawa madu menunjukkan peningkatan dalam glucoregulatory control berbanding sumber karbohidrat lain. Antioxidant didalamnya juga berfungsi mengurangkan oxidative stress yang menyebabkan kencing manis.
Symposium Report
World's Heathiest Food

Mike McInner pada simposium itu juga membentangkan hasil kajiannya, bahawa nisbah fructose dan glucose itu juga merangsang enzim untuk menukarkan glucose kepada glycogen. Glycogen yang cukup dapat membuatkan otak dalam keadaan rehat ketika tidur malam dan tidak mengeluarkan hormon stress seperti cortisol. Cortisol yang berlebihan boleh mendatangkan pelbagai penyakit seperti kencing manis, penyakit kardiovascular dan kanser.

Jessica Beiler dari bahagian Pediatric, Pennsylvania State College of Medicine turut membentangkan kajiannya iaitu penggunaan madu dalam mengatasi batuk pada kanak-kanak yang menghidap upper respiratory infection. 3 kumpulan, pertama diberi madu, kedua diberi dextromethorphan (DM) dan ketiga tidak diberi sebarang ubat, menunjukkan kesan yang sangat baik pada kumpulan yang diberi madu berbanding DM. Malah, kesan madu tersebut juga menunjukkan kanak-kanak tersebut lebih mudah untuk tidur selepas diberi madu.
http://www.medscape.com/viewarticle/572748

Universiti Waikato, New Zealand sebelum ini telah mengkaji kesan madu sebagai agen antimicrob. Salah satu ciri pada madu sebagai agen antimicrob yang baik ialah kesan osmotiknya, dengan kandungan gula yang tinggi dan kandungan air yang rendah menyukarkan microorganisme untuk hidup. Sifat keasidan madu yang terdiri dari glucoronic acid juga membantutkan pertumbuhan sesetengah pathogen. Kesan antibacterial didapati majoritinya disebabkan kandungan hidrogen peroxide didalam madu. Ketiga-tiga sifat ini menyebabkan madu sangat sesuai disapukan pada bahagian luka atau jahitan, mengubati gastric ulcer dan kesannya mempercepatkan penyembuhan tersebut sangat menakjubkan para pengkaji.
Honey as Antimicrobial Agent

Jika dilihat pada laporan simposium, wakil Universiti Waikato, Dr Nikola Starkey turut membentangkan kesan madu pada peningkatan berat, memori dan kelakuan tikus. Hasilnya mendapati madu mengurangkan peningkatan berat dan lemak, mengurangkan anxiety, kesan memori yang baik, peningkatan kolesterol HDL, kandungan gula (HA1c) yang baik dan mengurangkan kerosakan oxidatif. Kesan-kesan tersebut disebabkan madu mempunyai glycemic index (GI) yang rendah, antioxida, dan insulin mimetic effect oleh hidrogen peroxide di dalamnya. Kesimpulannya madu adalah pengganti terbaik kepada sucrose untuk mereka yang tidak dapat mengawal kandungan gula dalam darah dan pesakit kardiovascular.

Dr Jamal Zidon dari Israel membentangkan hasil kajiannya yang mendapati madu dapat mengurangkan insiden acute febrile neutropenia (AFN) dalam 64% pesakinya. Madu juga mengurangkan keperluan Colony Stimulating Factor (CSF) dalam 60% pesakitnya. Madu lebah memainkan peranan dalam meningkatkan neutrophil dan mengurangkan thrombocytopenia, memastikan kandungan hemoglobin lebih dari 11gm/dl.

Daripada simposium tersebut, Dr Fessenden membuat kesimpulan bahawa madu mampu mengurangkan kandungan glucose, gula HA1c dan triglyceride(lemak) dalam darah, meningkatkan kolesterol HDL, merangsang sistem immun, dan mengurangkan batuk dalam pesakit upper respiratory infection. Kesan antimicrobnya sangat bagus dan kosnya yang rendah. Antioxidan, mineral dan kesan bio-aktifnya yang mampu mengurangkan oxidative stress pada manusia.

Seperti yang Allah telah sebutkan dalam Al-Quran, maka benarlah madu itu berfaedah sebagai ubat kepada manusia. Dalam hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubat yang juga diturunkanNya."

Masih banyak lagi rahsia-rahsia alam yang belum diterokai, diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Agung. Allah tidak menciptakan sesuatu itu sia-sia, setiapnya ada rahsia tersendiri. Semoga dengan perkongsian yang sedikit ini dapat bermanfaat kepada para pembaca, insyaAllah.

Monday, June 15, 2009

Scalar Energy in Healing


Tenaga skalar atau pun bahasa yang biasa digunakan, scalar energy. Post kali ini saya ingin kongsikan bagaimana scalar energy ini dimanfaatkan dan digunakan sebagai terapi untuk merawat penyakit. Saya akan gunakan ayat saya sendiri berdasarkan kefahaman saya, jadi saya sertakan artikel yang saya baca supaya rakan-rakan boleh perbetulkan fakta saya jika tersilap, insyaAllah.

Secara tidak langsung, di sekeliling kita terdapat tenaga, cuma kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar. Kita sebagai Islam wajib percaya kepada perkara ghaib, seperti contoh bagaimana Allah ciptakan bumi ini daripada tiada kepada ada. Teori Big Bang itu yang pada asalnya diceritakan oleh Allah, bagaimana suatu yang padu (ratqa) dipisahkan antara keduanya, dan akhirnya lahir bintang, planet dan sebagainya. Selepas kajian dan kajian, terbukti ianya benar.

Alam sekeliling dan sel-sel pada badan kita sebenarnya saling berinteraksi, terdapat perhubungan antaranya. Saya melihat menerusi laman web www.thehealinguniverse.com, bagaimana Michael Mallon menerangkan mengenai interaksi DNA dengan persekitaran, terhadap bunyi, cahaya dan tenaga. Rakan-rakan juga boleh memahaminya lebih lanjut dalam buku ditulis oleh Harun Yahya mengenai keajaiban DNA yang diciptakan Allah.


Terapi menggunakan scalar energy ini menekankan konsep merawat dari dalam, iaitu melalui pembetulan DNA didalam sel, malah lebih dalam lagi iaitu zarah-zarah komponen DNA tersebut. Zarah tersebut bertindak terhadap tenaga atau disebut juga sebagai Electromagnetic Field (EMF). Secara tidak langsung perubahan dari dalam ini mempengaruhi sel-sel tersebut, dan tenaga baik ini merawat dan mempercepatkan baik pulih sel itu.

Dr. Valerie Hunt ada menerangkan bahawa scalar energy ini merawat melalui 2 cara. Pertama dengan memperbaiki peredaran darah dalam badan dan kedua dengan memperbetulkan komposisi kimia sel-sel, termasuk membrane potential.
Bioscalar Energy: The Healing Power

Antoine Priore pada tahun 1960an dan 1970an berjaya mencipta mesin penyembuhan electromagnetik, "Porthole". Hasilnya didapati berjaya menyembuhkan hampir 100% kanser dan leukemia. Tetapi pada 1974, hasil beliau gagal diteruskan kerana kerajaan Perancis ketika itu tidak menyokong kerja beliau. Beberapa isi penyelidikan beliau ditulis dalam laman web di bawah ini, mengenai konsep 'time reversing', yang menyatakan bagaimana sel-sel yang rosak dikembalikan ke keadaan asal.
Essential Priore Points

Tom Bearden, saintis yang mengkaji menggenai tenaga electromagnetic ini juga ada menerangkan cara dan bagaimana menggunakannya untuk mengubati. Ia menerangkan bagaimana electromagnetic dan gelombang mengubah keadaan sesuatu bahan, interaksinya. Ianya juga adalah inspirasi daripada "Porthole" yang dicipta oleh Antoine Priore. Penerangannya lebih dalam bentuk fizik, dan agak sukar juga bagi saya faham. Mungkin bagi mereka yang belajar fizik, akan lebih mudah memahaminya, insyaAllah.
Method, System and Apparatus for Conditioning Electromagnetic Potentials, Fields and Waves to Treat and Alter Matter

Jon Barron dalam laporan khasnya juga menerangkan dari konsep fizik, bagaimanakah scalar energy itu, dan bagaimana di aplikasikan untuk kesihatan. Scalar energy kini boleh di aplikasikan pada alat kemas seperti rantai, jam, gelang dan sebagainya. Hasilnya beliau mendapati scalar energy ini dapat membuang frequensi buatan manusia yang tidak sihat, meningkatkan tenaga sel, melindungi DNA daripada rosak dan secara langsung mencegah daripada kanser.
Special Report: The Energy of Life

Beliau juga ada menerangkan bahawa scalar energy ini mengurangkan kolesterol dalam darah, dan meningkatkan daya immunisasi badan. Ianya meningkatkan amplitud EEG, menunjukkan bahawa scalar energy ini mampu meningkatkan daya tumpuan seseorang (focus), malah boleh bertindak sebagai anti-depressent, kerana menghalang pengambilan noradrenaline oleh sel saraf PC12.

Yang terbaru, alat yang di panggil Cytotron juga menggunakan konsep yang sama. Ianya dihasilkan oleh Centre of Advance Research abd Development (CARD) di Bangalore, India. Cytotron digunakan untuk penyakit kronik dan degenerative seperti kanser dan arthritis, menggunakan gelombang electromagnetic. Apabila saya baca, asasnya memang sama seperti yang diterangkan di atas, dan alat ini sudah mula dimasukkan ke negara kita.
Cytotron-1st in Malaysia
How Cytotron works?


Pada link di bawah ini juga ada disertakan artikel mengenai penggunaan electromagnetic dalam mengubati kanser dan osteoarthritis. Ianya dari laman web yang sama dari care-nexus.com, menceritakan hasil eksperimen yang pernah dijalankan mengenai kesan electromagnetic dalam perubatan. Mereka turut sertakan artikel sebenar dalam bentuk file pdf sebagai rujukan.
http://www.care-nexus.com/rncanres.html
http://www.care-nexus.com/rnosres.html

Penggunaan scalar ini makin meluas pada masa sekarang. Korea dan Jepun antara negara yang banyak menghasilkan produk berasaskan scalar energy ini. Antaranya ialah rantai, gelang, jam, cincin dan flask. Jika rakan-rakan ada persoalan mengenai produknya, boleh tanya atau beli dari saya, insyaAllah saya cuba membantu.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat lebih membuka minda kita bahawa perubatan ini tidak terhad pada ubat-ubatan dan surgery sahaja. Skopnya sangat luas, kerana ianya melibatkan manusia, iaitu ciptaan Allah yang sangat kompleks, masih banyak yang belum kita cungkil rahsia-rahsianya. Semoga anda dapat sikit sebanyak ilmu yang bermanfaat. =)

Sunday, June 14, 2009

Lingzhi - Ganoderma lucidum



Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu mengenai Lingzhi, atau lebih dikenali sebagai Ganoderma lucidum. Cendawan herba yang cukup terkenal dikalangan masyarakat Cina ini mengandungi khasiat dan rahsianya yang cukup baik dalam dunia perubatan, tetapi sayangnya makin hari dunia hanya melihat pada perubatan konvensional dari Barat. Jadi di sini saya kongsikan sedikit ilmu yang saya perolehi melalui pembacaan saya sendiri, insyaAllah.

Cendawan secara umumnya mampu meningkatkan sistem immun seseorang. Sistem immun sangat penting sebagai pertahanan badan terhadap penyakit, yang dibawa oleh bakteria, virus dan bahan asing. Secara umumnya, Ganoderma lucidum mengandungi 4 bahan aktif yang sangat membantu dalam penyembuhan, iaitu polysaccharides, organic germanium, superoxide dismutase (SOD) dan juga triterpenes.
http://www.medscape.com/medline/abstract/15544548

Polysaccharides daripada Ganoderma lucidum berkesan dalam mengurangkan kolesterol berbahaya. Ianya mempunyai kesan immuno-modulation, mengawal sistem immune, di mana polysaccharides ini mampu mengaktifkan pembahagian (proliferation) splenic mononuclear cells (MNCs) dan penghasilan cytokines. Bahan ini didapati juga berkesan terhadap kanser.
http://www.medscape.com/medline/abstract/16169168
http://www.medscape.com/medline/abstract/16323548
http://www.medscape.com/medline/abstract/18222673
http://www.medscape.com/medline/abstract/16117607

Germanium merupakan bahan mineral yang digunakan sebagai semiconductor. Dr. Asai mendapati bahan ini terdapat di dalam tumbuhan dan mempunyai kesan yang baik dalam penyembuhan. Organic germanium mampu meningkatkan pembekalan oksigen di dalam badan. Ia melekat dengan mudah kepada hidrogen (dehydrogenate), mengurangkan keasidan darah dan oksigen akan bebas tanpa perlu melekat pada hidrogen. Kebanyakan penyakit pada badan kita secara tidak langsung adalah disebabkan kekurangan oksigen, dimana darah menjadi bersifat asid (hidrogen tinggi), kadang kala juga di katakan sebagai 'stress'. Jadi apabila pemakanan diambil dengan seimbang, dan oksigen yang mencukupi, secara tidak langsung memberi kesan penyembuhan yang baik.
http://www.organicgermanium.net/images/dr_asai_book.pdf(rujuk muka 17 dan 19)

Bahan aktif ketiga iaitu superoxide dismutase (SOD) merupakan sejenis enzim yang bertindak sebagai antioxidant dan anti-inflammatory. Ianya meneutralkan free-radical yang secara tidak langsung bertindak dalam melambatkan proses penuaan (anti-aging). SOD terdapat pada lapisan dermis dan epidermis, dan penting dalam penghasilan fibroblast yang baik (skin-building cells).
http://www.vitaminstuff.com/superoxide-dismutase.html

Triterpenes, yang juga dikenali sebagai asid Lingzhi mempunyai aktiviti cytoxic yang bertindak sebagai agen anti-kanser. Bahan ini tidak membunuh sel-sel yang normal seperti yang di laporkan oleh Kolej Perubatan, National Taiwan Univercity. Triterpenes memanjangkan fasa G2 dalam kitaran sel dan menghentikan pembesaran sel tumor, seperti Hep G2,P-388 dan LLC (Lewis Lung Carcinoma), serta HIV-1 protease.
http://www.medscape.com/medline/abstract/11520245
http://www.medscape.com/medline/abstract/12639703
http://www.medscape.com/medline/abstract/10923835
http://www.medscape.com/medline/abstract/9810695

Berdasarkan sedikit penerangan saya di atas, dapat kita simpulkan bahawa Ganoderma lucidum (Lingzhi) mampu meningkatkan sistem immun badan, menyahtoxik, mengurangkan free-radical yang secara tidak langsung melambatkan proses penuaan. Malah, kesan yang sangat bagus iaitu sebagai agen anti-kanser.

Pembacaan saya dari sebuah buku mendapati, bidang perubatan Jepun telah mengesahkan Ganoderma positif kepada penyakit cardiovascular, darah tinggi mahupun rendah, hepatitis, sembelit, senggugut, penyakit puan, gastric ulcer dan pelbagai lagi. Kebanyakannya yang melibatkan pengaliran darah iaitu kesan hemocatharsis yang menolong organ-organ dalaman berfungsi dengan sempurna.

Penggunaannya yang begitu lama menunjukkan bahawa Ganoderma lucidum tidak mempunyai kesan sampingan yang berbahaya seperti sesetengah herba. John Chen dan Tina Chen dalam bukunya Chinese Medical Herbology and Pharmacology turut mengatakan bahawa Lingzhi mampu meningkatkan Qi dan menguatkan badan. Sesetengah orang juga menganggap Lingzhi sebagai ubat memanjangkan umur. Pengambilan yang berterusan dapat mencegah seseorang daripada penyakit berbahaya.
http://www.reishi.com/News/LingZhi.pdf

Saya dan keluarga saya juga turut mengamalkan Lingzhi ini setiap hari, malah ianya telah berkesan dikalangan pesakit-pesakit yang datang ke klinik mak saya, alhamdulillah. Jika kita lihat kembali, betapa besarnya ciptaan Allah, walaupun hanya cendawan yang tampak biasa di mata, tetapi kesannya sangat bermanfaat kepada manusia, tidak boleh dibandingkan dengan ciptaan manusia sendiri.

Semoga dengan perkongsian ilmu ini, dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan pembaca. Marilah kita mencegah sebelum sakit, insyaAllah. =)

Saturday, June 13, 2009

Kelapa


Kelapa merupakan satu buah yang cukup terkenal sekali, bahkan hampir satu dunia mengetahuinya. Jika dilihat di negara kita sendiri, penggunaannya cukup meluas, airnya sebagai penyejuk badan, santannya digunakan dalam masakan dan pelbagai lagi. Tetapi ramai di antara kita masih belum tahu lagi keajaiban yang terkandung di dalamnya.

Bebaru ini, mungkin sudah beberapa tahun, orang semakin mengenali Minyak Kelapa Dara ataupun dalam Inggerisnya, Virgin Coconut Oil (VCO). Dr. Bruce Fife, pakar pemakanan dan kesihatan yang mengkaji mengenai minyak ini telah memperkenalkan dan menyedarkan ramai orang mengenai khasiat dan keajaiban minyak kelapa ini.
http://www.coconutresearchcenter.org/savethechildren.htm

Sesetengah orang menganggap bahawa santan dan minyak kelapa ini antara penyebab penyakit jantung, kegemukan. Kajian mendapati bahawa minyak kelapa terdiri daripada asid lemak rantai sederhana, Medium Chain Fatty Acid (MCFA) yang sebenarnya tidak merbahaya. Kebanyakan minyak sayuran seperti minyak jagung, kacang soya, sebenarnya lebih merbahaya kerana ianya terdiri dari LCT (Long Chain Triglyceride).

Medium Chain Triglyceride yang terdiri daripada MCFA mempunyai saiz molekul yang lebih kecil berbanding LCT. Kadar metabolism berbeza bergantung pada kepanjangan rantai lemak tersebut. Kadar kalori MCT lebih rendah berbanding LCT, malah ianya mudah ditukarkan kepada tenaga untuk sel-sel badan. Ianya juga tidak bebas dalam darah seperti lemak, juga boleh merentasi membran sel tanpa menggunakan 'carnithine trasferase', membuatkan minyak kelapa ini sesuai untuk mengubati pesakit diabetes.

Dr. Bruce menerangkan bahawa apabila dunia sedang menjauhi lemak (low-fat/ free-fat), kadar obesiti dan pesakit yang menghidap sakit jantung sebenarnya semakin meningkat. Sebahagiannya telah saya tulis diatas, tetapi untuk pemahaman lebih lanjut, layari
http://www.coconutresearchcenter.org/article10065.htm

Minyak kelapa dara bukan sahaja membekalkan tenaga kepada badan, tetapi ianya juga mempunyai sifat anti-bakteria, anti-fungi malahan sebagai anti-virus. Kajian mendapati ianya mengandungi asid lemak dipanggil lauric acid ataupun "monolaurin". Di sini saya sertakan link yang menunjukkan beberapa kajian mengenai kesan anti-microb oleh minyak kelapa.
http://www.coconutresearchcenter.org/coconut-research.htm

Dr. Mary Enig juga menerangkan mengenai kesan monolaurin yang didapati dapat mengubati AIDS. Ianya dapat menyahaktifkan virus seperti measles, herpes, vesicular stomatitis dan cytomegalovirus. Monolaurin mengganggu dan merosakkan membran lipid pada enveloped virus, malah kesan antiviralnya lebih baik dari caprylic acid (C-10) dan myristic acid (C-14).
http://www.aspartame.ca/page_oho2b.htm

Selain itu, minyak kelapa juga menghalang pembentukan "free-radical" dan mencegah kanser. Ini kerana sesetengah kanser adalah disebabkan oleh virus yang menyerang sel-sel badan dan mengganggu DNA sel tersebut.

Jika kita lihat balik, sebenarnya didalam susu ibu juga mengandungi MCT yang membantu memberikan daya tahan badan kepada bayi. Secara tidak sedar, bahan semulajadi seperti kelapa ini sudah cukup menjadi "antibiotik" bagi kita. Semoga dengan penjelasan yang serba ringkas ini dapat memberi manfaat kepada kita, insyaAllah.

Buku mengenai kelebihan dan manfaat VCO
Hi-BloomHi-Bloom

Pengenalan

Assalamualaikum...

Blog ini saya baru buat bagi berkongsikan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan perubatan, berdasarkan pembacaan dan info-info dari pengalaman sendiri. Jika blog saya sebelum ini lebih kepada pembentukan diri, perkongsian ilmu berdasarkan Al-Quran dan hadis, jadi saya tergerak hari untuk membuat blog ini agar lebih tersusun.

InsyaAllah dengan post-post yang akan saya tulis pada blog ini, dapat memberi rakan-rakan sedikit sebanyak ilmu yang berguna, yang mungkin kita sendiri tidak belajar di kelas. Ini kerana saya yakin bahawa ilmu Allah itu sangat luas, jadi dengan perkongsian ini dapat kita sama-sama membuka minda, lebih mencari dan mengkaji yang lebih baik.

Saya juga berharap bagi setiap yang saya tulis, mendapat komen ataupun maklumat tambahan dari rakan-rakan yang membaca, insyaAllah. =)